WaNItA DAn KeCAnTiKaN


ini adalah mini-mini losyen dan bedak yang terdapat di office

Adakah anda  pernah mendengar seorang ustaz ini berkata " wanita seperti seorang budak kecil yang terlalu suka bila Nampak barang mainannya, di mana-mana kedai dan pasaraya". Wanita pun macam tu terlalu suka akan kecantikan dan pembelian. Ada saja barang yang dia ingin beli terutamanya barang-barang cosmetic seperti bedak, losyen, lipstick, cream rambut dan sebagainya, dan salah seorang dari wanita itu adalah saya hehehehh....., tapi saya percaya semua wanita begitukan ?



yg ni pulak kat rumah


Disini saya sediakan gambar-gambar cosmetic koleksi saya di tempat kerja dan rumah tapi sayang saya lupa ambil koleksi di bilik air emmmm.... tidak mengapalah. Kadang-kadang saya pun pelik dengan diri sendiri, nak tau kenapa kebanyakan barang-barang yang terdapat di dalam gambar tu saya x gunakan sepenuhnya. Bila saya di rumah saya hanya mengunakan cream pelembap dan bedak baby sahaja, manakala jika ke tempat kerja saya gunakan cream pelembab, pelindung matahari, bedak baby, dan  minyak Wangi itu sahaja. Kebanyakan losyen yang saya beli  jarang sekali nak saya gunakan, ini kerana saya seorang pemalas bila nak berlosyen huhuhu...


En Hubby pernah berkata setiap kali dia ingin mengunakan cermin di almari make up pasti dia terbayang sebuah kedai menjual barang-barang kecantikan, hehehheh... apapun memang begitulah sikap seorang wanita yang suka membeli, En suami kena pasrah je lahh ... 

Ulasan

Catatan Popular