Khasiat susu ibu (Bayi susu ibu)
hanya sekadar hiasan |
Mempunyai sejenis kolestrol dan sejenis jenis lemak lain di dalam susu ibu bagi membantu pertumbuhan tisu saraf, Endokrin Sistem mengurangkan kadar penyakit diabetis. ( 1.dibahagian bawah saya ada terangkan apa itu endokrin)
Sistem Imunisasi
Sistem Imunisasi yang sangat baik berikutan kandungan susu ibu yang mempunyai antibody & vaksin yang baik untuk bayinya. Juga dapat mengurangkan penyakit kanser pada zaman kanak-kanaknya.
Mata
Penglihatan yang lebih tajam.
Telinga
Kurang mendapat jangkitan telinga
Tekak
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat Tonsilestomies/tonsil (2.dibawah saya ada terangkan apa itu tonsilestomies/tonsil)
Kulit
Kurang mendapat alahan pada kulit
Mulut
perkembangan otot mulut lebih baik
Lidah
Rasa susu ibu yang pelbagai membuatkan bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pepejal nanti. Bayi juga lebih seronok dengan rasa susu ibu yang pelbagai rasa berbanding susu fomular yang mempunyai rasa yang sama sepanjang masa. Manakala susu ibu pula berlainan rasa pada waktu-waktu tertentu ,ini kerana segala zat-zat, proten dan rasa makanan yang ibu makan akan dapat dirasa oleh bayi melalui air susu (ibu-ibu yang menyusukan bayinya janganlah asik nak deit je, kesiankan bayi x dapat khasiat dari susu kita ...)
Sistem pernafasan
Bayi-bayi yang menyusu ibu kurang jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang pneumonia(3.dekat bawah saya ada terangkan pneumonia) dan kurang selsema
Jantung
bayi yang meyusu susu ibu mempunyai rendah kolestrol apabila dewasa kelak. Kadar degupan jantung juga lebih rendah pada bayi yang menyusu ibu dan ianya mengurangkan kadar serangan jantung.
Buah Pinggan
Kandungan garam dan protein yang diminimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicernakan oleh buah pinggan bayi.
Sisttem penghadaman
Kurang mendapat cirit-birit. jika diberi susu ibu sehingga enam bulan atau secara teratur boleh mengurangkan risiko alergik kepada makanan. Juga boleh mengurangkan penyakit ulcerative colitis apabila dewasa kelak (4. dekat bawah saya ada terangkan apa itu ulcerative colitis)
Apendiks
Kanak-kanak yang membesar dengan susu ibu kurang mendapat apendiks pada zaman kanak-kanaknya.
Usus
Sistem usus yang baik, kurang mendapat sembelit.
Saluran kencing
Kurang mendapat jangkitan pada saluran kencing.
Sendi dan otot
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat penyakit otot.
Penerangan
1. Endokrin
Sistem
kontrol kelenjar
tanpa saluran (ductless) yang menghasilkan hormon
yang tersirkulasi di tubuh melalui aliran darah
untuk memengaruhi organ-organ
lain. Hormon bertindak sebagai "pembawa pesan" dan dibawa oleh aliran
darah ke berbagai sel dalam tubuh, yang selanjutnya akan menerjemahkan
"pesan" tersebut menjadi suatu tindakan.
2. Tonsilestomies/tonsil
Adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di dalam tubuh, terletak ditepi sebelah belakang tekak.
3. Pneumonia
Paru-paru
berair atau juga dikenali
sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air
berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair
merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.
4. Ulcerative colitis
Adalah penyakit kronik keradangan usus
yang menyebabkan keradangan yang
berterusan dan ulser (luka
terbuka) di lapisan paling dalam usus besar (kolon) dan rektum. Ulser berdarah dan menghasilkan
nanah dan lendir, dan keradangan menyebabkan usus besar mengosong dengan lebih kerap, menyebabkan cirit-birit.
Ulser colitis boleh menyakitkan dan mempunyai komplikasi mengancam nyawa.
p/s: Ibu-ibu kena lah berusaha untuk bagi bayi kita susu ibu sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan barulah dikatakan anak ibu pasal menyusu dengan ibu, emmmm tapi macam mana kalau bagi susu lembu tak kan nak kata anak lembu kan emmm just kidding je ...apapun didikkan dan doa ibu bapa adalah penting ..
sumber dari :University of Maryland Medical Center
Ulasan
Catat Ulasan