Bayi yang dimatikan dan dihidupkan semula
Bernama Samaa Zahir baru berusia sebulan semasa doktor memutuskan ia harus
dibedah, jika tidak akibatnya boleh membawa maut.
Sudah
sejak lahir, keadaan Samaa abnormal. Saluran darah yang mengalir ke jantungnya
berhubung dengan cara yang salah. seharusnya, saluran darah itu membawa darah
beroksigen dari paru-paru ke sisi kiri jantung tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.
Namun,
pembedahan jantung bayi bersaiz lebih kecil dari bola golf jelas cabaran besar
untuk para doktor dari Great Ormond Street Hospital, London. Akhirnya sebuah
penemuan revolusi diputuskan: bayi ini dibekukan sampai mati.
Caranya,
doktor meletakkan bungkusan berisi ais di sekeliling kepala bayi tersebut darahnya
disejukkan dari suhu normal, 37 darjah Celcius, menjadi 18 darjah menggunakan
mesin bypass jantung dan paru-paru.
Bukan itu sahaja, para doktor itu juga nekad menghentikan denyutan jantung bayi dengan
cara menyuntik ubat dan mematikan enjin bypass. Pada titik ini, secara
klinikal, bayi Samaa telah meninggal dunia. Tubuhnya hampir sepenuhnya
kehabisan darah.
Sementara
itu, ahli bedah kardiotoraks Tain-Yen Hsia dan pasukannya perlu bekerja melawan
waktu. Tetingkap keselamatan maksimum (maximum window of safety) adalah 50
minit-sebelum jantung orok ini harus di-restart untuk mencegah kerosakan pada
otak dan organ-organ dalam.
Untungnya,
Samaa Zahir tak perlu menunggu 50 minit untuk hidup kembali. Doktor berjaya
membawanya kembali ke dunia dalam masa 23 minit.
Setelah
mesin dihidupkan, darah hangat langsung mengalir dan mengembalikan suhu
tubuhnya ke tahap normal, 37 darjah Celcius. Jantung kecil itu pun kembali
berdenyut.
Mengapa
Samaa harus dibekukan? Menurut Doktor Hsia, pasukan perubatan harus melakukan
pembedahan mikro. Sebab, mereka berurusan dengan saluran darah yang setipis
kertas beras (rice paper). Satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah
membekukan tubuh dan menghentikan peredaran darah agar pesakit masuk ke fasa
hipothermia.
"Ini
seperti menengelamkan bayi ke dalam sebekas air batu. Semasa menghentikan
jantung, kami harus melakukan pembedahan secepat mungkin dengan kadar presisi
tinggi," katanya. "Tidak ada ruang melakukan kesalahan sekecil
apapun."
Lima
bulan selepas pembedahan yang dramatik,Samaa telah sembuh sepenuhnya.
Satu-satunya parut pembedahan yang dimiliki bayi asal Finchley, London Utara
ini, adalah bekas luka di dadanya. Ibunya, Roosina Ahmed (30) dengan haru
menceritakan detik-detik paling mencemaskan dalam hidupnya
sumber :Tabikpuang.blogspot.com
Ulasan
Catat Ulasan