Perkembangan otak

Perkembangan otak


Otak adalah mesin ajaib ciptaan Allah SWT, iaitu organ terpenting untuk manusia kerana ia mengawal segala organ2 lain ,anggota badan, fungsi hidup , pergerakkan , emosi , pemikiran intelek dan seterusnya.
Ia mula tumbuh 3 minggu selepas pesenyawaan benih dan pertumbuhan sel2 otak iaitu neuron berlaku terus sehingga akhir hayat. Ketika kehamilan berumor 5 bulan beberapa billion sel otak telah tumbuh  dan ketika lahir otak bayi mengandugi 100 billion sel2 neuron dan peroses ini berterusan hingga mencapai beberapa trillion sambungan dendrites dan synapses.
Otak dan saraf pada asasnya terdiri 3 bahagian iaitu saraf tunjang(bawah), pangkal otak (tengah) dan cerebral cortex (atas). Ketika lahir pembetukkan otak bayi sudah sempurna tetapi saiznya hanya 20% dari saiz otak orang dewasa. Otak terus tumbuh membesar dan mencapai 80% saiz dewasa pada umor 2 tahun dan 90% saiz dewasa pada umor 5 tahun.
Pertumbuhan ini hasil pembiakkan sel2 neuron hingga mencapai beberapa trillion bilangannya disamping tumbuh wayar2 penyambung antara sel2 nuerons bernama dendrites. Setiap sel neuron mempunyai beberapa ribu (lebih 5000) dendrites yang fungsinya menyalurkan maklumat2. Setiap dendrites disambungkan dengan denderite dari neuron lain melalui synapses. Dendrite2 disaluti olih myelin sheath. Jika lebih tebal salutan myelin sheath maka lebih cekap dan pantas penyaluran dan pemperosesan maklumat2.
Apakah keupayaan otak ketika lahir?
Ketika lahir otak bayi berfungsi secara reflex sahaja dimana fungsi2 saperi pernafasan, denyutan jantong, menangis, tidor, menelan, kencing , gerakkan tangan dan kaki yang tidak berkoodinasi dikawal olih saraf tunjang dan pangkal otak. Sedangkan bahagian otak atas (cerebral cortex) yang menjalankan berbagai tugas motor dan sensori, bahasa, pemikiran intelek dan kreatif, memory, emosi, logik, kemahiran sains dan matematik dan lain2 belum berfungsi lagi.
Apakah cara2 terbaik untuk merangsang otak bayi?
Rangsangan Sensori
1. Rangsang Pendengaran
2. Rangsang Penglihatan
3. Rangsang Sentuhan
Menggalakkan gerakkan motor
1. Menyiarap dan menyelar . Gunakan Crawling Track.
2. Meningkatkan imabangan/ balancing
3. Merangsang pertuturan bahasa dengan percakapan dan flash card.
4. Meningkatkan kawalan dan pergerakkan berkoodinasi.
Saya akan huraikan kaedah2  tersebut dengan lebih terperinci dalam halaman seterusnya.
Mengapa perlu rangsang otak bayi awal?
Otak adalah saperti rangkaian dan talian talipon dengan ibusawatnya dan cabang2 semua sekali. Berbagai rangsangan dan pengalaman akan disalurkan sebagai maklumat2 letrik. Maklumat2 ini akan diperoses dan dismpan dalam cerebral cortex. Dengan rangsangan yang banyak dan bertubi2 lebih banyak sel2 neuron akan digunakan dan sel2 tersebut akan terus hidup dan bertambah cabang2 dendrites dan synapses. Sel2 yang tidak digunakan akan dicantas dengan satu peroses 'pruning'. Lebih penting lagi  rangsangan awal akan meningkatkan dendrites dan synapses serta memperkukuh selaput wire dendrites dengan myelin sheath.
Rangsangan sensori  iaitu pendengaran , penglihatan dan sentuhan dalam umor awal bayi akan menctuskan jaluran saraf yang digelar ' sensory superhighway'  yang amat penting dalam peroses pembelajaran bahasa, matematik dan sains nanti. Anak ini akan mempunyai kemahiran2 unik saperti pantas baca (fast reading), mudah faham dan daya ingatan (memory) yang cemerlang.
Olih itu ibu perlu terus menerus merangsang dan mengajar bayi ilmu dan kemahiran saperti pertuturan dan kemahiran bahasa melalui percakapan dan tunjuk ajar dengan menggunkan gambar2 dan angka pada flash card. Pencapaian kemahiran bertutur dan bahasa adalah terbaik sehingga umor 5 tahun.
Ujian keatas haiwan saperti tikus , kucing dan monyet yang tidak mendapat rangsangan sensori tertentu pada peringkat awal kehamilan didpati mengalami kepincangan dalam deria2 sensori yang penting.
Kemahiran dalam bidang seni muzik juga sebaiknya dicapai sebelum umor 7 tahun.
Mana lebih penting baka atau sekitaran dalam perkembangan otak?
Ramai yang berfikiran bahawa kepintaran dan kecerdasan otak hanya dipengaruhi olih baka dan genetik. Anggapan saperti ini tidak tepat. malah faktor sekitaran memainkan peranan lebih penting dari faktor baka.
Baka dan genetik hanya menyediakan pasarana otak iaitu pembentukan berbillion sel2 neuron dan rangkaian  trillion dendrites dan synapses. Sekitaran yang terdiri dari pengalaman , rangsangan, pendidekan dan pendedahan sangat penting untuk menjadikan otak cerdas dan pintar pintar.
Otak kita diprogramkan untuk memahami percakapan, membezakan bunyi percakapan, menganalisa perkataan dan maknanya serta mengatur dan menyusun perkataan2 menjadi ayat. Tetapi bahasa yang dikuasai olih anak , banyaknya vocabulary dan gaya dan telo pertuturan bahasanya bergatong dengan pendedahan serta pengalaman yang didapati dari sekitaran bertahun2 lamanya.
Waktu kritikal  dalam perkembangan otak anak 
Perkembangan otak anak bergantung kepada aktibiti, pengalaman dan pendedahan. Otak adalah saperti komputer dan memperoses maklumat2 sensori, motor, emosi dan kognatif melalui pancaran letrik. Tetapi circuit komputer terhad atau fixed, sedangkan neural circuit dalam otak kita dinamik dan sentiasa berubah dan berkembang menjadi semakin kukuh jika ada aktibiti rangsangan secara terus menerus . Rangkaian neuro yang tidak dipakai akan dicantas dan dihapus melalui peroses pruning.
Peroses 'pruning' atau pemilehan rankaian neuro yang aktif dan berfungsi berlaku terus menerus seumor hidup kita, tetapi ia berlaku jauh lebih banyak dalam umor kanak2. Kajian2 neurosains keatas berbagai haiwan saperti kucing, tikus  dan monyet menunjukkan wujudnya waktu2 kritikal dan perkembangan otak, tetapi dalam maanusia perkara ini agak kurang jelas.
Walau demikian pada bayi penglihatan yang normal sejak lahir adalah penting dalam membentuk kemahiran bahasa dan pertuturan. Atas dasar ini program binaminda jabalnur menekankan kepentingan merangsang sensori penglihatan sejak lahir. Waktu kritikal untuk perkembangan dalam kemahiran bahasa dan pertuturan mula ditutup dari umor 5 tahun hingga umor remaja. Sesorang yang mempelajari sesuatu bahasa bukan ibunda selepas umor remaja tidak akan dapat bertutur saperti orang yang memiliki bahasa tersebut.
Pakar2 neurosains kurang jelas fahaman mereka tentang perkembangan fungsi2 otak yang lain saperti emosi, kemahiran matematik atau muzik. Mereka juga kurang faham apakah asas bioloji waktu kritikal tersebut. Satu teori mengatakan antara umor bayi sehingga sekolah rendah otak membina rangkaian neuro yang sangat berlebihan , digelar synaptic excess. Hanya 50 % akan kekal sehingga umor dewasa. Dalam jangka umor waktu kritikal, pengalaman dan pendedahan - sensori, motor, emosi dan intelek- akan menentukan rangkaiain neuro yang mana akan dikekalkan dan seterusnya diperkukuhkan, manakala yang lain akan dicantas dan dihapus. Dengan pembelajaran melalui pengalaman dan pendedahan yang berulang2 terhadap kanak2, semakin kukuh rankaian neuro (neural circuits)  tersebut.
Bilakah otak mencapai pertumbuhan makxima?
Ini tiidak akan berlaku, otak kita akan terus berubah fungsi mengikat keperluan dan cabaran harian. Munkin pertumbuhan sel2 neuron dan rangkaian neuro (dendrites dan synapses) akan level off pada suatu tahap, iaitu kekal bilangan , yang mati diganti dengan yang baru.
Otak bayi berfungsi jauh lebih lambat dari  otak dewasa dalam memperoses maklumat - otak dewsa 16 kali lebih cepat dari otak bayi. Kelajuan memperoses ini meningkat dengan lonjakkan dari umor bayi dan kanak2 dan mencapai maksima pada umor15 tahun. Kelajuan memperoses maklumat ini dicapai melalui peroses penyalutan myelin pada jaluran axon - digelar myelination . Myelin terdiri dari bahan lemak , semakin tebal semakin cekap dan laju menyalurkan maklumat antara sel otak kepada yang lain. Myelination berlaku sejak bayi dilahirkan dan paling aktif dalam tempoh umor dua tahun petama dan berterusan secara perlahan sehingga umor 30 tahun.
Meningkat dan mempercepat  peroses myelination  adalah asas program binaminda jabalnur, dimana kita mulakan rangsangan sensori - pendengaran, penglihatan dan sentuhan sejurus  lepas lahir sehingga umor 2 tahun.
Apakah makanan terbaik untuk otak bayi?
Pertumbuhan otak bayi sangat sensitif terhadap bekalan makanan dari umor kehamilan 5 bulan hingga umor bayi 2 tahun. Bekalan makanan perlu seimbang, berkhasiat dan berzat , mengadungi karbohaidret,,perotin dan lemak serta logam dan vitamins. Kekurangan makanan dan kebuluran kepada ibu akan menyekat pertumbuhan jasad dan otak bayi , menyebabkan bayi ringan timbang berat ketika lahir. Saiz otaknya kecil dan kurang pertumbuhan dendrites ,kurang myelination dan kurang sel2 glial ( sel2 sokongan otak ) Akibatnya bayi mengalami kerencatan mental khususnya kekemahan intelek, IQ rendah, lemah pertuturan bahasa dan matematiks dan prestasi rendah disekolah. Sangat penting ibu hamil makan bahan2 berzat dan bekhasiat, tambah perotin (lauk2) 10 - 15 gm setiap hari.
Selepas lahir bayi bergantung sepenuhnya kepada penyusuan ibu. Sangat penting ibu sihat dan pemakanannya lebih berkhasiat dan berzat untuk peroses pemulihan dan penyusuan. Supplemen2 vitamin dan logam kalsium dan iron perlu digandakan. Amalan patang makanan dan jamu2 perlu dibasmi kerana mengganggu pengeluaran susu.
Susu ibu adalah sumbur pemakanan bayi yang terbaik untuk pertumbuhan otak. Ia mengandungi segala bahan dan zat makanan - carbohaidret, perotin dan lemak, logam serta vitamin yang diperlukan untuk pertumbuhan jasad dan otak bayi. Apabila capai umor 6 bulan , disamping susu ibu bayi perlu tambahan zat iron untuk pembentukan sel2 darah merah yang membekalkan oksijen kepada otak. Titisan vitamin drops yang mengandungi vitamins dan logam iron bolih diberikan.
Dalam dua tahun pertama umor bayi ketika mana pertumbuhan myelination jalor2 axon giat berlaku dalam otak bayi penting sekali makanan bayi mengadungi lemak dan minyak yang mengandungi omega 3 , DHA dan omega 6. Amalan kita memberi minyak ikan saperti cod liver oil perlu diteruskan. Bahan2 tersebut juga banyak didapati dalam ikan makeral, kembung, tengiri dan salmon. Lepas umor satu tahun bayi bolih diberi susu lembu yang mengadungi perotin dan lebihan lemak . Dan mulai 2 tahun keatas makanan anak perlu nengandungi perotin dan lemak dari daging, ayam,  ikan dan sayuran.
Toksin yang perlu dijauhkan
Barang2 mainan khususnya perlu tidak diperbuat dari PVC, mengadungi logam plumbum dan arsenik kerana mengikut kajian banyak barang mainan kanak2 buatan negeri cina mengandungi toksin2 . Bayi memang suka masukkan kedalam mulut dan menggigit barang2 mainan . Barang2 bertoksin mempunyai kesan buruk tehadap otak bayi.
Racun serangga dalam berbagai bentuk saperti semburan , pelet dan kertas oelekat juga merbahaya bila terkena bayi. Waspada dengan penggunaan semburan racun serangga tentukan bayi tidak berada dalam bilek.
Berbagai jenis pencemaran dan keracunan berada disekitaran kita jauhkan bayi dari bahan2 tersebut demi untuk menentukan pertumbuhan otak yang sihat.
  • Peta otak dan fungsi

  • Sel otak neuron

  • Dandrites wire penyambung sel2 otak

Otak manusia

Otak mesin ajaib dan menakjubkan
 
Otak manusia terdiri 5 bahagian saperti betikut;
1. Saraf tunjang atau spinal cord.
2. Pangkal otak atau brain stem
3. Cerebellum dan basal ganglia.
4. Diencephalon.
5. Otak kiri dan kanan, cerebral hemispheres.
1.Saraf tunjang atau spinal cord.
Ia berfungsi menerima segala informasi melalui kulit dan otot2 anggota badan. Juga amat penting tugasnya ialah untuk menyalurkan arahan motor untuk pergerakkan anggota dan lain2.
2. Pangkal otak atau brain stem.
Ia berfungsi menerima segala informasi melalui kulit, otot leher dan kepala serta bertanggung jawab menggerakkan otot2 tersebut.
Ia juga mengadungi pancaindera saperti pendengaran, timbangan dan lain2 melainkan bau dan penglihatan.
Pancaindera bau ( sense of smell ) bersambung terus kepada lymbiic system. Manakala pancaindera penglihatan bersambung terus dengan cerebral cortex ( occipital lobe ).
3. Cerebellum dan basal ganglia.
 Berfungsi sebagai penyelaras ( coodinator ) pergerakkan seluruh tubuh badan kita.
4. Diencephalon ( thalamus, hypothalamus, dll )
Mereka berfungsi sebagai pusat atau stesen laluan untuk menyalurkan informasi sensori dan pergerakkan.
Dalam hypothalamus terdapat pusat pengelolaan segala pergerakkan , proses2 otomatik ( biasanya diluar kesedaran kita ) saperti suhu badan, tekanan darah, kadar denyutan jantung , pernafasan dan lain2.
 Limbik sistem
Terletak dibahagian atas pangkal otak ; ia bertindak sebagai relay stesen dua hala, menyusun,, memperoses dan mengarahkan signal2 dari saraf tunjang dan otak tengah kearah otak atas cerebrum dan sebaliknya dari cerebrum turun kearah saraf tunjang dan terus kearah jaluran2 saraf.
Ia mengawal emosi, sentiasa berjaga2 menghadapi ancaman, keperluan seks, perubahan emosi saperti ketakutan atau kemarahan.
Ia juga mengawal banyak fungsi tubuh saperti tekanan darah, suhu badan, berat badan dan selera makan.
5.Cerebrum.
Ia merangkumi 2/3 dari keseluruhan massa otak dan dibahagikan kepada dua hemisphere iaitu kiri dan kanan dipisahkan olih longitudinal sulcus dan dihubungkan keduanya olih corpus callosum. Lapisan luar tebalnya 3mm ialah cerebral cortex yang mengawal segala fungsi badan saperti kesedaran, pancaindera, kemahiran pergerakkan motor, pemikiran dan bahasa. Terdapat 4 lobar yang mempunyai fungsi2 khusus.
1. Lobar occipital - pusat penglihatan
2. Lobar parietal - perasaan ( feelings ), sentuhan, kesakitan dan tekanan. 
3. Lobar temporal - pendengaran, ingatan dan deria waktu. Disambungkan kepada limbic sistem untuk emosi ketakutan, nafsu syahwat dan irihati.
4. Lobar frontal yang terakhir berkembang. Precentral gyrus untuk pergerakkan bahagian silang pada tubuh badan, lumpuh badan. Premotor cortex yang mengurus pergerakkan motor yang complex. Prefrontal fibres yang menindas kawal.
Hemisphere kanan otak mengawal rhythm, spatial awarenss, gestalt ( gambar penuh ), imaginasi, angan2, warna dan dimensi 
Hemisphere kiri otak mengawal perkataan, logik, bilangan, aturan (sequence), linearity ,analisa dan sinarai.

Ibubapa perlu ketahui tentang otak

Enam fungsi otak yang ajaib.
Pertumbuhan otak manusia yang ajaib ini boleh diklasifikasikan kepada 6 fungsi yang unik. Enam fungsi otak ini hanya berpaksi di cerebral cortex dan enam kebolihan yang unik ini membezakan antara manusia dengan kehidupan yang lain. Ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;
1. Tiga fungsi sensori atau pancaindera.
2. Tiga fungsi motor atau gerakkan.
Ketiga2 fungsi motor ini bergantung terus kepada 3 fungsi pancaindera.
Tiga fungsi motor ialah;
1. Berjalan dan berlari dengan bersilang tangan dan kaki (mobility)
2. Bertutur dengan bahasa tertentu dalam satu kumpulan (language).
3. Menulis dalam bahasa tertentu dengan menggunakan jari ibu dan jari telunjuk. (manual)
Manakala 3 fungsi sensori adalah saperti berikut ;
1. Melihat dan bolih membaca sesuatu simbol atau bahasa tertentu. (reading)
2. Mendengar dan memahami bahasa tersebut (understanding the language)
3. Mengetahui sesuatu hanya dengan sentuhan (tactile) hingga dapat menentukan apa yang disentuh (dengan tidak menggunakan penglihatan, pendengaran, bau atau rasa)
Ketiga2 fungsi ini hanya ada pada manusia dan setiap satunya adalah fungsi otak (cortex) manusia.
Pertumbuhan enam fungsi otak saperti diatas bolih diringkaskan dengan tujuh peringkat perkembangan kemampuan otak yang dilalui olih setiap bayi yang normal sejak lahir hingga 3 tahun. Kesemua tujuh tahap pada otak bayi memang tersedia ada sewaktu dilahirkan. Mereka hanya berfungsi menurut urutan bermula daripada fungsi terendah sewaktu dilahirkan hingga perkembangan fungsi yang tertinggi lagi menakjubkan pada usia 3 tahun.
Semua manusia yang normal mempunyai otak yang sama waktu dilahirkan. Perbezaan pertumbuhannya bergantung kepada apakah rangsangan stimulasi yang dilakukan serta peluang penggunaan dan percubaan yang diberikan dan pendedahan alamsekitarnya semaksima mungkin yang dilakukan terhadap fungsi sensori dan motor otak tersebut sejak lahir hingga umor 3 tahun. Inilah tempoh masa pertumbuhan otak yang paling kritikal sekali dalam kehidupan manusia.

 

Kaitan fungsi otak dengan 7 urutan perkembangan otak dan usia bayi

Terdapat 7 peringkat penting dalam usia bayi yang mengaitkan bahagian2 otak yan berfungsi dan kaitan dengan fungsi2 sensori dan motor. Saya akan gelar Tingkat2 1 hingga 7;
Tingkat 1 - unmor bayi satu bulan. Bahagian otak berfungsi ialah saraf tunjang dan pangkal otak (brain stem).
Tingkat 2 - umor bayi 1 hingga 3 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah subkortikal awal.
Tingkat 3 - umor bayi 3 hingga 7 bulan. Bahagia otak yang berfungsi otak tengah (midbrain)
Tingkat 4 - umor bayi 8 hingga 12 bulan . Bahagian otak yang bergiat korteks mula.
Tingkat 5 - umor bayi 12 hingga 18 bulan. Bahagian otak berfungsi ialah korteks awal.
Tingkat 6 - umor bayi 18 hingga 36 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah otak primitif.
Tingkat 7 - umor bayi 36 hingga 72 bulan. Bahagian otak yang berfungsi ialah korteks ajaib.


coretan ini saya ambil di http://www.jabalnur.net/376648670 (Dr Hamid Arshat) untuk pembacaan dan rujukan saya ..

Ulasan

Catatan Popular