Bila dah Jodoh

Lamanya saya tak buka blogger saya, penuh dengan habuk, daki, sampah, huh penatnya nak kemasssss....Tanggan pun keras lama x menaip , otak pun beku dah x de idea  ....

ok ok ok hari ni saya nak cerita pasal jodoh ...jodoh tu Rahsia dari Allah yang sungguh mengejutkan kita .

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.
( pesssttt : ayat ni saya copy dari kwn fb saya hehehheh )



Jodoh.... siapa jodoh atau pasangan hidup kita ?? mesti kita x tahu, itu semua kuasa Allah dia yang tentukan siapa yang terbaik untuk kita. Tapi kita mestilah ada usaha dan berdoa untuk mencarinya. Hari ni saya nak cerita pasal jodoh saya yang tidak di sangka. Saya dan suami satu sekolah satu kampong satu kelas yang sama dari sekolah rendah smpailah menengah. Masa sekolah rendah kami asik bergaduh walaupun dia seorang yang agak pemalu, tapi x tau lah klau ngan saya malunya hilang, mesti ada je yang tidak kena. Ia berlarutan sehingga sekolah memengah, tetapi berubah agak rapat masa tingkatan 4 dan 5 walaupun masa itu saya pasti akan menjerit nama dia pasal diusik oleh dia. Kawan-kawan satu kelas pun dah biasa bila dengar jeritan saya, memarahi dia ada je yang x puas hati, yang dia pula diam-diam mengacau, mengusik, menejek, menyorok bag sekolah, buku sekolah saya. Kalau nak cerita huh sampai 2 or 3 tahun pun tak abis hehhehe.....

Ok lah saya buat coretan ini pun pasal nak bagi En Suami baca yang perkahwinan kami sudah 3

tahun pada 04/02/15 ni cepat masa berlalu , cam baru semalam naik pelamin ekkkkk...
Apapun semoga kalian mendoakan hubungan kami sehingga ke Jannah Allah aminn..


Ulasan

Catatan Popular