Petua hindari lahir songsang




Hari ini saya ada terbaca kat buku PA& MA keluaran september2013 muka surat 26, Tajuknya  9 TAKTIK HINDARI KELAHIRAN SONGSANG, emmmm memandangkan kakak dan kawan-kawan saya ramai yang tengah mengandung tahun ni, membuatkan saya rasa nak berkongsi dalam blog saya tentang atikal ini, boleh gak lah diorang bacakan buat pengetahuan sendiri.


Cuba lakukan sendiri

Terdapat beberapa pekara yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi agar berada dalam posisi yang normal.


1. Merangkak
Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak, tapi pastikan ibu-ibu yang berambut panjang hendaklah ikat dahulu rambut anda ini kerana takut suami atau anak-anak yang lain terkejut ingatkan HANTU JO-ON heheheh.

2.Kaedah panas -sejuk
Letakan  pek ais pada bahagian atas Rahim anda. manakala dibahagian bawah Rahim pula letakan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak kearah sumber haba.

3. Pek ais
Letakan pek ais di atas perut, namun anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini adalah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam di kolam renang
amalan ini sama konsepnya seperti pengunaan pek ais yang diletakan di atas perut. Tujuannya bagi mengalakan bayi untuk berpusing kebawah.

5. Menyanyi dan bercakap
Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang public bagi mengahalkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6. Senaman tilti position
Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud, anda digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya. ( kaedah ini juga boleh digunakan jika uri /placenta berada di bahagian bawah ). saya juga telah mengunakan kaedah ini semasa hamil anak pertama apabila uri/placenta berada dibahagian bawah dan menutup laluan bayi Alhamdulillah ianya memang berkesan dengan izin Allah.

7. Lampu suluh
Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya tersebut.

8. Pujukan
Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

Ulasan

Catatan Popular