JAUNDIS / KUNING





 Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.
 

 Didapati bahawa 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu dan 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.


 Bagaimana untuk kenal pasti sama ada si manja anda menghidapi jaundis atau tidak??

 Mama semua boleh buat ujian ringkas di rumah ya selepas 2-3 hari baby dilahirkan. Lakukan ujian di ruang yg mempunyai pencahayaan yg terang ya. Kemudian, tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi baby anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, anda perlu bawa baby anda utk rawatan selanjutnya. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.


Kenapa ini berlaku Sakit kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Bilirubin berwarna kuning.

Semasa dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali uri). Setelah seseorang bayi itu dilahirkan, fungsi-fungsi badannya bergantung kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati penting untuk membuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsb. Hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak secekap orang yang sudah besar. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan sakit kuning ini.


Adakah ia merbahaya Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk atau tidak sembuh, rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ia dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit tidak baik selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan lambat. Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.



 Bagaimana pula cara rawatannya?

 1. Melalui penyusuan ibu secara kerap..sekiranya baby sangat "malas" untuk menyusu dan kerap tidur...mama perlu kejutkan baby ya...at least setiap dua jam...paling baik utk menyusukan setiap sejam..agar bilirubin yg berlebihan dapat disingkirkan dengan cepat.

2. Kaedah fototerapi iaitu baby perlu dipantau oleh pihak hospital dan akan diletakkan di bawah pancaran lampu cahaya biru....darah baby akan diambil setiap hari utk memastikan kadar bilirubinnya.


 Berikut dikongsikan beberapa petua untuk mengelakkan "kuning" dan cara untuk mengatasinya secara tradisional:


 1. Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

 2. Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

3. Ambil beberapa batang pokok "dukung anak" dan di rebus. Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang. ( cara ni agak berkesan pasal mak saya dah buat dekat cucunya)
 

                                                        


 4. Yang terbaik adalah amalan sebelum kelahiran (semasa mengandung) ialah dengan mengamalkan memakan sebiji kurma setiap hari sehingga kelahiran. Jangan lupa niat dan selawat.

5. Ada juga kawan saya berkata disaat minggu terakhir untuk bersalin dalam 37 minggu amalkan pengambilan Alfalfa Shaklee sebiji sehari. ( emmm saya belum cuba lagi tapi mungkin akan datang pasal saya dah rasa macam mana seksa bila anak kena kuning yang bacaan darahnya tinggi )


Rawatan  bagi saya kurang berkesan ini kerana telah dilakukan terhadap puteri sulung saya akan tetapi tahap bacaan kuningnya semakin meninggi

1. ubat dari kedai ubat cina iaitu serbuk mandian untuk bayi dan rebusan akar kayu yang diberi minum kepada bayi. alasanya ini kerana air rebusan yang diberi berwarna kuning sedangkan hati bayi masih lemah untuk proses penyingkiran toksik. mana kala air mandian juga berwarna kuning bila dimandikan pada bayi dan warna kuning air  tersebut melekat dibadan bayi.

2. Air rebusan inai ada sesetengah orang mungkin bayinya sesuai dengan rawatan ini, akan tetapi tidak untuk anak saya, kuning inai dari daun yang direbus menambahkan kuning pada badannya.

3. susu kambing ia juga tidak sesuai untuk anak saya ini kerana bila saya bagi susu kambing tersebut bacaan kuningnya menjadi tinggi. Orang tua-tua kata susu kambing panas tetapi orang tua-tua kata juga susu kambing sesuai untuk bayi yang kena kuning. Jika susu kambing panas adalah ianya sesuai untuk merawat kuning anak kita sedangkan semasa pemeriksaan, doctor berpesan kepada ibu jangan minum air halia kena minuman tersebut panas, walaupun tahap kepanasan tersebut berlaian.

 4. Ada juga yg sarankan untuk amalkan susu kambing sejak preggy lagi...emmm saya juga minum susu kambing 2 bungkus sehari tetapi tidak berkesan. wallahualam....


 ** Pernah juga dengar petua org dulu2...katanya jauhkan baby dari semua benda yg berwarna kuning...sejauh mana kebenarannya wallahualam...ada juga yg kata utk jemur baby di bawah cahaya matahari pagi..sebelum pukul 10 pagi dan ada juga yg sarankan untuk amalkan susu kambing sejak preggy lagi...

PENTING !!

 Apa pun, sangat disaranka agar sebelum mencuba apa2 petua, eloklah untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pakar terlebih dahulu. Ingatlah, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. Walau bagaimanapun, jgn dibiarkan melarat kerana penyakit jaundis ini boleh membawa kepada masalah pendengaran dan juga boleh menjejaskan otak bayi.

Ulasan

Catatan Popular