Tabung simpanan SSPN

 



3 October 2013 saya dan En suami telah membuat simpanan pendidikan untuk masa hadapan puteri sulung saya. Simpanan SSPN mula-mula banyak yang saya tidak tahu pasal simpan ini setelah mencari-cari kebaikannya kami bersetuju untuk membuat simpanan SSPN walaupun ada sesetengah mengatakan simpanan ini rugi kerana dividen yang sedikit iaitu 3% setahun. Syarat penyimpan adalah berumur 6 bulan - 18 tahun untuk anak atau diri sendiri. Ibu, bapa mestilah warganegara Malaysia atau salah satu dari mereka warganegara Malaysia ( maksudnya jika kedua ibu bapa permaustatin  tetap tidak dibenarkan membuat tabung simpanan untuk anak mereka walaupun anak tersebut lahir di Malaysia, Mungkin kena tunggu anak tersebut 12 tahun dan buat simpanan sendiri atas nama sendiri. ( andaian saya je )

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan simpanan di SSPN ini. Maklumlah, mereka kata, SSPN ini hanya mengkayakan kerajaan sahaja (err… apa salahnya?).. dividen pun sikit je!.. baik labur dalam unit trust! ( are u sure?).

He! he!.. ok.. ok!.. dalam post ini.. saya akan kongsikan dengan anda mengapa saya memilih SSPN?



1) Mudah Tunai

Maksudnya, dengan hanya mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Simpanan yang hanya bermula dari RM 20 sahaja




2) Potongan Cukai

Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan. Jika dikira bulan-bulan hanya 250 sebulan untuk simpanan di SSPN bagi mengelak dari pembayaran cukai hehehhe .....

 


3) Perlindungan Insuran

Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa  atau ibu telah membuat simpanan sebanyak RM1,000, ini adalah syarat untuk layak dapat perlindungan insuran di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan anak anda dan “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda. ( apa macam rasa terjamin tak ??? )



4) Dijamin Kerajaan.

Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan kerajaan" tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.


5) Geran sepadan

Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak RM10,000 dari SSPN. ( lepas ni kena take not kat anak-anak  belajar pandai2 nnti dapat RM10,000...hehehhe)



6) Boleh check akaun online

Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara online.

Saya kira, itulah antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya tentang skim SSPN ini, kelebihan lain, anda boleh baca sendiri di web PTPTN.

 
Ok.. itu cerita mengenai kelebihan SSPN.. Kekuranganya pula.. setiap  pekara mesti ada kelebihan dan kekuranganyakan ..)

 
 

1.Susah nak  keluar.

Nampaknya, SSPN memang betul-betul “strict”kan simpanan ini khas untuk “tabung pendidikan anak-anak” anda… kalaulah anda terdesak sangat mahu membeli PS3 dan bercadang nak keluarkan wang simpanan SSPN anak anda.. memang tak dapat lah jawapnya. Ini kerana, setiap tahun, anda hanya boleh keluarkan wang dari SSPN sekali sahaja! dan had maksimun pengeluaran pula hanyalah RM500 sahaja ataupun 10% dari jumlah simpanan .

Kalau nak keluarkan wang tersebut 100%.. kena tunjuk surat tawaran masuk ke IPT atau surat berhenti sekolah atau.. sijil kematian (erk!.....jauhkan lah )


2) Dividen Rendah

Jika hendak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan saham dan pelaburan hartanah, sudah semestinya, % dividen yang diberikan oleh SSPN adalah rendah… hanya sekitar 3-5% setahun. Tapi saya kira, ianya masih berbaloi.. jika kita melihat pada manfaat-manfaat yang diberikan diatas tadi.


Sedikit pengalaman saya membuka akaun SSPN untuk anak.

Saya telah membuka akaun SSPN di maybank, dan kakitangan Maybank tersebut memberitahu untuk mendapat " kad keahlian " mengambil masa 1 bulan atau lebih .... pehh lamanya tapi x pelah sabar tu kan separuh dari iman...dan
Fikir positif… mungkin terlalu ramai orang yang membuka akaun dengan SSPN…

 

 
 
 
 
 

P/S -isi penting saya baca di blog berimu untuk berjasa
 
 

Ulasan

Catatan Popular