Xsiden 1 Ramadhan 2013

 
tu gambar en suami saya, saya nak tunjuk kereta semasa keadaan sebelum kemalangan jadi
abaikan gambar en suami saya tu ye ..



Peristiwa ni dah 8 hari berlalu bersamaan 8 ramadhan kita berpuasa dalam tahun 2013 dari tarikh saya menaip di blog saya ni. Saya nak cerita sedikit pasal kemalangan membabitkan kereta kesayang saya dan En suami, kereta wira sedan BFQ 7357 berwarna hijau. Kereta ni dah banyak berjasa dekat kami berdua, dia lah yang bawa saya pergi ke tempat kerja, pergi ke klinit tu baru setahun lebih dia dengan saya belum lagi dengan En suami yang dah bertahun-tahun dengan sang Wira hijau tu .

Cerita sikit pasal peWIRA saya tu :

Kereta tu adalah kereta arwah abang ipar saya iaitu arwah Zaidi, 2 tahun dia guna kereta tu Allah lebih sayangkan dia, dia kembali kepada Sang Penciptanya, jadi tiada sapa yang nak sambung bayaran kereta tersebut, En suami sayalah yang sambung bayar selama 5 tahun sebanyak RM 6++  tak salah saya. Dulu kereta murah tapi dividen bank tinggi. Bila dah abis bayar secara rasminya kereta tu milik suami saya. Kita orang dating, beli barang tunang, beli barang nak kahwin, bawak saya pergi kerja, bawak saya pergi ke klinit cek ibu mengandung, bawak anak saya g cek kuning ( masa baru lahir ) semua kereta tu yang berjasa.


Tapi masa 10 july 2013 bersamaan 1 ramahdan saya yang bawak kereta tu pergi kerja dan memang dialah yang selalu saya bawa untuk ketempat kerja dan semasa pulang dari tempat kerja saya telah kemalangan. Punca kemalangan : saya balik dari kerja tak sabar-sabar nak masak untuk berbuka puasa yang pertama. Tidak tahu dimana silap saya ketika memandu secara spontan saya melanggar kereta yang berhenti dihadapan saya, kerana kereta tu hendak bagi laluan kepada kereta di hadapan untuk masuk ke kanan. Sretttttttttttt bunyi tayar akibat tekanan brek yang terlalu kuat..... dummmmmm  melekat bonet kereta saya dengan bontot kereta orang di depan.


                                      
 


Pehhh ... panic, takut, kecewa, sedih semua ada bila saya keluar dari kereta Ya Allah
sampai macam itu teruk kereta saya. Bila tengok kereta orang yang saya langgar hanya calar sedikit sahaja. Bak kata Ibu mertua saya biar kereta kita teruk jangan kereta orang yang teruk.





 Mesti korang nak tau kan dengan sapa saya kemalangan, emmmm dengan jiran rumah sebelah huhuhu sedihhhhnya nasib baik keluarga dia kenal keluarga En suami saya almaklumlah saya duduk rumah mak mertua kawasan tersebut hanya kenal keluarga En suami dan suami je ..bila En suami datang semua bising saya ajukkan ye " lahhhhh kete ko ke pauttttt ni org rumah ko lah yeeeeee "
Paut adalah nama ala-ala manje suami saya kat kampong hehehhe nama sebenarnya Mohd Shahril bin Samingan. Orang yang saya langgar  tu pulak orang panggil Nanang Jamingan , perbezaan hanya satu huruf di depan nama bapa sahaja iaitu S dan J, SAMINGAN dan JAMINGAN. ( kebetulan)



 
 
 Nak ditamatkan cerita En suami dan orang yang saya langgar tu bersepakat untuk buat laporan polis lepas berbuka puasa untuk clim insuran bagi membaiki kereta masing-masing. En suami uruskan semua keperluan, kini peWIRA berada di bangkel jalan batu 3 lama. Bila siap..?  kerani sana bagi tau 3 atau 4 minggu. emmmm tiba-tiba rasa rindu kat peWIRA saya tu huhuhhhuu sedihhhnya . Syukur juga saya panjatkan doa pada yang ESA kerana saya tidak mengalami kecedera.


p/s dari saya : Berhati-hati di jalan raya 1 saat kita leka boleh membawa padah.

opppsss!!: lupa nak g tau En suami saya pesan kat saya " klau ayg x sayang diri ayg tapi ingatlah yang anak kita dan abg sayangkan ayg dan masih ramai yang sayangkan ayg (saya), jadi hati-hatilah walaupun kemana pun". ayat dia cukup menyentap tangkai jantung saya untuk berhenti. Dalam diam saya menangis bila tengok muka En suami dan anak saya yang bambam tu dan mulut mula berkata " maafkan saya bang saya janji akan berhati- hati walau kemana saya pergi."



Ulasan

Catatan Popular