Risiko Bersalin Paksa


 


 

Umum mengetahui kehamilan setiap wanita akan berakhir sehingga cukup sembilan bulan. Bagaimanapun adakah benar dalam realiti semua kehamilan cukup sehingga 40 minggu lamanya?
Bukan semua wanita mengandung mengikut jangkaan masa tersebut yang akan melahirkan anak tepat pada tarikh yang dijangkakan oleh doktor. Bahkan selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian melahirkan bayinya pada 15 Jun, iaitu empat minggu awal daripada tarikh jangkaannya pada 11 Julai.
Kadang kala, melahirkan bayi lebih awal sangat penting untuk alasan perubatan, tetapi secara umumnya, doktor sering menekankan kepentingan menunggu masa kelahiran selagi boleh.

 Mengapa doktor sering menegaskan pentingnya menunggu sehingga ibu boleh melahirkan secara normal dan bukan secara pembedahan caesarean ataupun induce kerana :

 *Menghalang perkembangan: Biasanya perkembangan bayi berlaku dalam beberapa minggu terakhir kehamilan. Contohnya paru-paru, hati, otak terus berkembang dalam antara 37 hingga 39 minggu kehamilan.

 *Kesukaran serta-merta: Bayi yang lahir pramatang turut memerlukan pemantauan perubatan. Sesetengah mungkin mempunyai masalah sukar bernafas dan menelan, mereka juga mempunyai risiko tinggi untuk tinggal lebih lama dalam unit penjagaan rapi neonatal.

 *Kesan kesihatan jangka panjang: Kelahiran yang berlaku sebelum 39 minggu turut membawa risiko kesan jangka panjang. Masalah seperti serebral palsy, keperluan pendidikan khas dan dalam sesetengah kes, berakhir dengan kematian.

 *Meningkatkan risiko perilaku: Berdasarkan statistic, kanak-kanak yang lahir pada 37 atau 38 minggu mempunyai risiko tinggi memiliki attention deficit hyperactivity disorder.

 *Komplikasi kepada ibu: Melahirkan bayi secara paksaan meningkatan peluang untuk menjalani pembedahan caesarean, di mana ia turut mempunyai risiko seperti jangkitan kuman serta ibu berkemungkinan melalui pembedahan caesarean di masa akan datang.

 -SUMBER DARI MAJALAH PA N MA



Apa itu Serebral Palsy


 Serebral adalah Otak manakala Palsy ialah kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot


Kanak-kanak serebral Pasly mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan moto dalam otaknya yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melalukan pergerakan otot-otot dan sukar untuk menegakkan badanya. Kecacatan otak dan saraf otot  ini lazimnya  berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal kelahiran bayi, ini kerana waktu begitu bahagian otak berkembang dengan pesat.

Terdapat 3 cara berlakunya serebral Palsy:


1. SEBELUM KELAHIRAN

  • Jangkitan dalam Rahim
  • Pendarahan yang teruk, kronik, ketika mengandung
  • Ibu mengalami kencing manis, darah tinggi dan kurang darah ketika mengandung



2. SEMASA PROSES KELAHIRAN

  • Kecederaan semasa lahir
  • Lahir tidak cukup bulan
  • lemas semasa lahir
  • jangkitan semasa lahir


3. SELEPAS KELAHIRAN ( SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN )

  • Meningitis iaitu jangkitan kuman diselaput otak berpunca dari deman kuning
  • Juandis yang kronik (kemicterus)
  • Kecederaan otak jika disebabkan kemalangan, penderaan, dan penganiayaan fizikal



PUNCA-PUNCA :

  • kekurangan bekalan oksigen
  • deman kuning
  • terhentak,terhempas,kejutan
  • serangan kuman  @ penyakit
  • perkembangan otak yang tidak normal
  • rembesan( intraeraneal bleeding)


TANDA-TANDA :

  • bayi kelihatan lembik
  • perkembangan yang lambat @ lewat
  • hanya mengunakan sebelah tangan (hand preference)
  • masalah menyusu
  • Kerap menangis,merengek,meragam, tanpa sebab yang tidak diketahui  dan terlalu diam serta kurang tindak balas.
  • sembelit
  • cepat marah

Ulasan

Catatan Popular