17 Fakta BaYi bAru LaHir

Adra Syifa Auni

 
 
 
 
 
  • 1.Tempurung kepala bayi tidak lengkap sepenuhnya, jika diperhatikan dibahagian depan kepala bayi  ( ubun-ubun) pasti anda akan melihat gerakan kecik dan bila diusap terasa sangat lembut. Tidak hairanlah kenapa orang tua dulu-dulu selalu mengingatkan ibu-ibu supaya menutup kepala bayi . Malah dalam islam disunatkan agar mencukur kepala bayi 7 hari setelah dilahirkan. Tempurung kepala akan bercantum secara beransur-ansur bila bayi menjangkau umur 5 @ 6 bulan.
 
  • 2.Kepala lutut @ tempurung lutut bayi masih belum terbentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
 
  • 3.Terdapat 4 dari sepuluh bayi mempunyai tanda lahir  seperti tompok hitam kebiruan atau kemerahan selalunya tanda ini terjadi pada punggung bayi.( kepercayaan orang cina berkata jika terdapat tanda lahir pada bayi ia merupakan tanda kesenangan, hanya kepercayaan mereka sahaja,  semuanya terletak pada Qadak dan Qadar serta kuasa Allah SWT )
 
  • 4.Bayi berusia 5 minggu kebawah tidak mempunyai air mata, mereka menangis dan menjerit akan tetapi air matanya tidak wujud.
 
  • 5.Orang dewasa mempunya 206 tulang, bayi pula mempunyai 300 tulang akan tetapi kebanyakan tulang tersebut akan bercantum semasa bayi membesar. Sebab itu para ibu digalakan memberi anak-anak susu bagi membentuk tulang yang seimbang. 
 
  • 6.Bayi mempunyai deria bau yang kuat, malah ianya boleh mengenali bau badan ibunya sebaik dilahirkan. Bayi juga mengenali bau ''nipple'' ibunya, ini kerana bau tersebut sama dengan bau air ketumban.
 
  • 7.Sebaik sahaja bayi dilahirkan penglihatan mereka kabur, ini akan beransur pulih apabila bayi semakin membesar.
 
  • 8.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibunya akan gugur secara beransur-ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan ( klau x tumbuh juga ibu2 kena pergi pakar rambut YUN NAM tu hik3 just kidding je ).
 
  • 9.Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir, ianya tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik ( bayi dari 7 bulan kebawah tidak digalakan oleh doctor memakan makanan yang mempunyai rasa masin dan manis serta perasa-perasa lain, ini kerana buah pinggang bayi belum kuat untuk memproses perkumuhan).
 
  • 10.Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bau yang kuat , boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibunya serta- merta semasa dilahirkan.
 
  • 11.Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan orang dewasa 60-80  seminit.
 
  • 12.Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding orang dewasa 16-20 nafas seminit.
 
  • 13.Berat bayi akan bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
 
  • 14.Percaya atau tidak mendengar music klasik menambahkan kepintaran bayi.( Doktor juga mengalakan para ibu yang mengandung mendengar muzik tampa lagu (irama) bagi meransang perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan, ini juga dapat menghilangan tekan ibu semasa mengandung).
 
  • 15.Bayi baru lahir akan tidur selama 15-20 jam sehari ini bagi pembesaran tubuh dan kecergasan otaknya.( tapi ibu-ibu atau ayah tidak boleh ikut ye nanti jadi pemalas pulak hihihii )
 
  • 16.bayi mempunyai satu lapisan kulit sahaja sebab itulah bayi akan alah dan kulit mereka cepat kemerahan dengan gigitan serangga, sentuhan kasar, losyen Wangi dah sebagainya.
 
  • 17.Percaya atau tidak bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan, akan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya ( tidak hairanlah jika anak-anak orang putih telah diajar menyelam seawal umur 3 @ 4 bulan agar kebolehannya tidak hilang ia juga untuk keselamat dimana kanak-kanak suka sangat dengan air )

Ulasan

Catatan Popular